Rabu, 19 Ogos 2009

Di Ambang Ramadhan

Hanya tinggal tiga empat hari lagi ummat Islam akan menjalani rukun Islam yang ketiga.Moga-moga ketemu lagi Ramadhan kali ini. Menurut ustaz, Nabi s.a.w. pertingkatkan amalan di bulan Syaaban kerana banyak roh dicabut di pada bulan ini. Sana sini kita dengar kematian berlaku .

Mari kita insafi dan rebut lagi peluang yang Allah beri pada kali ini.Anggaplah kehadiran Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita....Manfaatkan sebaik mungkin mudah-mudahan tingkat TAKWA benar-benar kita perolehi demi bekalan untuk alam akhirat nan abadi.

Sediakan senarai semak untuk kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan kali ini supaya kita ada perancangan HEBAT demi merebut peluang ini .Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan.

Tiada ulasan: