Khamis, 11 Jun 2009

Iktibar Dalam Setiap Kejadian.


Alhamdulillah misi bercuti padakali ini berjaya.Dengan Rahmat Allah dan RahimNYA perjalanan kami berjalan dengan lancar. Bermula dengan perjalanan pagi Sabtu ke Shah Alam ummi mengambil laluan mudah tanpa sesat berjaya sampai ke Stadium Melawati dengan selamat.


Dua hari mengikuti perjalanan muktamar amat beruntung rasanya. Info terkini parti dapat diperolehi secara lansung dari pimpinan tertinggi . Lebih menarik ummi mendengar pembentangan usul-usul yang hebat dari perwakilan terpilih. Sambil mengharapkan anak-anak ummi satu masa nanti mengambil tempat sebagai pembahas usul satu hari nanti .InsyaAllah mungkin dua puluh tahun lagi. Ummi sempat tanya siapa antara mereka yang berani berbahas
seperti wakil Dewan Muslimat.Hebat,berani,lantang.Sempat juga bertemu Ringgo yang secara terang mengistiharkan sebagai ahli parti seumur hidup.Syabas Ringgo (semakin terkenal dengan lagu pesan tok guru)semoga istiqamah dalam perjuangan ....Jangan hangat-hangat tahi ayam udah le....Insyallah balas Ringgo bila ummi maklum sebagai isteri ustaz Taliban.

Keesokan hari kami berangkat ke Paroi untuk Ustaz ceramah bersama Gobalakrisnan pada malamnya. Merasa tengok tempat orang.Alang-alang berjalan singgah semalam di Port Dickson.
Terima kasih YB Taufik kerana sponsor penginapan kami.
Semoga Allah balas dengan kebaikan yang banyak.

Akhirnya selamat juga sampai ke rumah walaupun dalam perjalanan tayar kereta pecah.Syukur kami selamat.