Menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini amat bermakna dan berharga. Bersama Tuan Guru Nik Abd. Aziz. ! Semoga Allah memanjangkan usianya.Menitik airmata ini memahami bahawa sebenarnya berada dalam perjuangan menegakkan ISLAM ini rupanya inilah cara terbaik untuk mengingati maulid Nabi . Menghayati perjuangan dengan paktikal !
Menurut Tok Guru
Maulid yang sebenar-benarnya ialah kita menegakkan Islam dimukabumi ini..Inilah sunnah yang besar ditinggalkan oleh baginda Rasul .Tok guru membaca ayat dari surah Al Hasy-keadaan manusia di Hari Kiamat kacau bilau. Masing-masing cemas memikirkan nasib yang bakal ditanggung atas perbuatan di dunia dahulu Semuanya telah diceritakan oleh Rasul s.a.w. semasa hayatnya. Cerita tentang kiamat telah dinukilkan kepada manusia supaya sentiasa berhati- hati dalam perjalanan hidup ini. Nabi sendiri ketika di isra’ mikrajkan telah melihat dengan sendirI AKIBAT DARI PELANGGARAN HUKUM yang manusia lakuka serta akibat- akibatnya. Nauzubilah. Kita tak boleh undur balik ke dunia pada masa itu !
Logiknya dari usia tua nak menjadi usia mudapun kita tak mampu UBAH apalagi nak pulang kembali ke DUNIA…..
Sesungguhnya nilai syurga adalah terlalu mahal harganya.Pada masa itu nanti samada MELAYU ke cina ke atau bangsa apa sekalipun tidak akan berguna walau satu sen
HANYA yang paling TAKWA yang ada nilai di sisi Allah.
“Tuhan yang berkuasa penuh pada hari Kiamat…” Nilai Allah pada hari kiamat terhadap manusia hanya tiga golongan..Mukmin,Kafir, dan munafik.Orang mukmin akan bangun dengan cahaya manakala orang munafik nak menumpang cahaya orang mukmn.
Bagi oang Mukmin mestilah percaya dan memastikan apajua tingkah laku dimukabumi mestilah berlandaskan ISLAM samada politik,rumahtangga sekolah, akidah falsafah dan sebagainya .Bagi orang PAS ,Islam telah mengajar kita cara politik yang jauh.Buat apa yang Allah suruh,tinggal apa yang Allah larang.
Yakinlah kita bahawa apa-apa yang dikirim UNTUK akhirat kita akan dapat BALIK.Oleh itu istimewanya berada dalam jamaah Islam ialah dapat mengumpul sebanyak mungkin BONUS untuk bekalan di akhirat nanti.Iaitu menderma sebanyak mungkin apa jua samada wang ringgit ,tenaga dan harta.
Selamat berjuang untuk pejuang-pejuang kebenaran .Teruslah kita demi masa depan Islam yang CEMERLANG. Bukit Gantang medan tedekat untuk kita buktikan perjuangan kita.Syabas kepada para petugas PRK Bukit Gantang yang mana hari itu telah mengikat janji setia sanggup bertugas dalam apa keadaan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan