Jumaat, 27 Februari 2009

PPSMI Oh PPSMI...Dari Hati Seorang GURU.

Tujuh tahun membara dalam hati...Tujuh musim telah berlalu. anak -anak bangsaku belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris .Selama tujuh tahun itulah anak bangsaku merintih... semangat belajar merudum... susah,susah yang keluar dari mulut mereka .Hak mereka untuk belajar dengan selesa dirampas dan direnggut..Negara sendiri sudah merdeka 50 tahun yang lalu tapi pemimpin yang punya satu telinga dan dua lidah tidak mahu mendengar rintihan murid-murid.

Akibatnya mereka belajar juga walaupun jelas pada riak muka tak mampu....Siapakah yang mahu mendengar rintihan ini kalau pendapat para cendiakawan pun tidak dihiraukan. Apa lagi guru dari nun di ceruk pendalaman ! Tugas guru hanya sekadar menjalankan dasar kementerian walaupun kami sendiri tidak mampu....Tutup mulut kunci mati. Ajar sahaja walaupun cikgu sendiri kemahiran mengajar dalam bahasa inggeris boleh dipertikai..Seolah-olah guru ibarat lembu yang dicucuk hidung.Tidak lansung mengindahkan perasaan guru.Setakat mengomel dalam bilik guru sahaja...Setiap sekolah tanyalah isi hati guru-guruyang terlibat.Namun ibarat enau dalam belukar .

Anak-anak yang sederhana pencapaiannya terus ketinggalan apabila meningkat ke tahap dua. mereka mula merasai kesukaran demi kesukaran. Akhirnya kecundang...Salah siapa kalau tidak kepada pemerintah ? Sesuailah istilah ini dilabelkan kepada mereka yang menyokong PPSMI .Celakalah mereka !

Tiada ulasan: