Ahad, 7 Disember 2008

Ulangtahun Blog Pertama !

Alhamdulillah syukur pada Allah.Rupanya dah masuk setahun usia blog ini.Makin lama makin seronok pula menulis. Sekurang-kurangnya dapatlah meluahkan sebarang respon atas apa juga peristiwa yang berlaku yang berkaitan diri keluarga dan pejuangan yang dicintai .


Mulanya ummi bukan biasa sangat dengan menulis blog ini. Tapi Allah izin anak sulung tu minat sangat bidang ict ni akhirnya jadi pemudahcara pada ummi menulis dalam bog.Sesekali tu terfikir juga nak masukan khutbah jumaat dan ceramah ustaz dalam blog ini agar dimanafaat oleh anak cucu masa depan.Setakat ini tak mampu lagi melaksanakan mungkin masa depan akan diusahakan.

Kepada para sahabat ,pengunjung yang sudi berkongsi idea sila beri komen kiranya ada yang salah dan silap.

Tiada ulasan: