Rabu, 3 Disember 2008

Perjalanan Mencari KeredhaanNya....


Banyak hari tidak dapat menulis....Ahmad Syakir(walaupun dia mempunyai blog sendiri: http://lamandakwah.blogspot.com) pun merungut kenapa ummi dah lama tak post dalam internet.Ummi sibuk sikit kebetulan pergi bawa Kakak Nurul Musfirah ke Kelantan untuk menjalani ujian kelayakan memasuki Maahad Tahfiz Sains.Ramai sungguh murid yang berminat.Khabarnya hanya 10 peratus sahaja murid luar Kelantan disediakan tempat untuk belajar di sini.
Mudah-mudahan ada ruang untuk dia belajar disana. Sebelum kakak menjalani ujian ummi sempat berpesan supaya betulkan niat hafal Quran nanti untuk apa ? Tak guna kalau niat tak betul.

Kebetulan musim hujan, sempatlah kami merasa suasana banjir yang melanda Kelantan. Akibat hujan yang turun terus menerus selama 36 jam maahad itupun digenangi air hampir paras buku lali.

Sebelum berangkat ke Kelantan kami sempat ke Pengkalan Hulu sebab Ustaz ada ceramah di sana.Selepas Pakatan Rakyat memerintah ni bolehlah berceramah di Padang Daerah Pengkalan Hulu.Kalau dulu jangan haraplah....



Setelah membeli serba sedikit ole-ole dari Kelantan kami terus balik. Singgah sebentar di Mahaad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong untuk menghantar tiket bas untuk putera sulung. Kami terus bergegas pulang untuk mengisi slot ceramah ustaz di DUN Belanja. Alhamdulillah selepas bergilir drive kami selamat sampai tempat ceramah.Ingat ke selepas perjalanan jauh mesti pendek jer ceramah kali nie... Rupanya bila dapat mic ustaz macam tidak sedar sepanjang hari berada di jalanan. Akhrnya kami sampai ke rumah pukul 1 pagi

Tiada ulasan: