Khamis, 13 November 2008

Tahniah Untuk Nurul Musfirah!


Ummi redha dengan apa-apa keputusan yang kakak dapat.Terimalah seadanya. Itulah keputusan yang Allah takdirkan kepada kakak...
Apa yang penting sekarang kakak banyakkan ingat Allah ,baca yassin minta Allah tetapkan keyakinan dan tingkatkan kesabaran.Kalau Allah beri keputusan yang baik bersyukur... Kalau sebaliknya...terima dengan seadanya.Mungkin ada hikmah disebalik keputusan itu...Itulah pesanan terakhir yang dapat dihamburkan untuk puteriku, Nurul Musfirah sebelum menerima keputusan UPSR pagi tadi.


Sementara itu pada pagi tadi Atuk dan Opah dah sedia menunggu di hadapan sekolah untuk mengetahui keputusan UPSR yang bakal diumumkan.Debaran ummi menunggu pukul 10.00 pagi kian melonjak.Lambat sangat rasanya keputusan dari sekolah sehingga menjangkau sampai pukul 11.00 pagi baru keputusan diperlehi. Atuk Ahmad memberitahu seramai 15 orang murid berjaya mendapat 5A di SK.Lenggong . Harap-harap termasuklah senarai nama kakak seorang....

Alhamdulillah dengan nada terharu atuk mengiyakan SAH !
Kakak adalah salah seorang daripadanya...
Ummi sempat pesankan dihujung talian SUJUD SYUKUR kakak ! Ummi bergegas ajak abi balik ke Lenggong untuk raikan kejayaan kakak.Kami selamat sampai dan sewaktu balik,kereta break down berhampiran terowong kat lebuhraya.Takpalah Allah uji sikit...Tapi Allah anugerah banyak kegembiraan pada KAMI SEKELUARGA pada hari ini. Alhamdulillah.TAHNIAH ANAKKU.

1 ulasan:

nurulmusfirah berkata...

salam
semoga mendapat keredhaan dari Ilahi dunia dan akhirat