Jumaat, 6 Jun 2008

MINYAK....BERMINYAK!!!

MINYAK NAIK LAGI.... 78 SEN!!! Terkejut betul .Dalam hati biarlah kabar angin sahaja.Handset abi bertalu-talu masuk sms menyatakan minyak naik..Semuanya mengucapkan tahniah ...HADIAH BN untuk rakyat Mana menteri Noh yang dengan sinis war-war HADIAH PR Selangor tentang isu babi!! Memang mulut Si Noh tu tak berinsurans.Cadang-cadangnya nak le bawa anak-anak makan angin cuti kali ni.TAPI terus terbantut .Kos bertambah buat pening kepala aje. Baik lepak kat rumah sahaja.Sampai saat ini bengang tak abih -abih camana nak buat?! jimat....apa yang patut jimat.Mula-mula nak ke Tapah untuk mandi di Chenderiang tukar tempat ke Ulu Chepor aje.Jangan hampa sangat harapan anak-anak.Ingat anak-anak ummi mulai saat ini kita kena jimat cermat.....

Seperti di tempat lain kat Ipoh juga bersusun-susun kereta mengisi tangki minyak masing-masing.Tapi lama mana sangat tahannya?Kalau tak kemana-mana mungkin boleh tahan hingga seminggu paling tidak dua tiga hari habislah.Nasib rakyat Malaysia dapat pemimpin yang bangang.Tak menjiwai penderitaan rakyat.Biarlah tak dapat pembangunan mega pun yang tentunya tidak ada manafaat pada rakyat marhaen...asalkan harga barang tak melambung naik.Bila barang dah naik ingat senang ke nak turun balik!!! Mampus balik hidup tak turunnya. Kapitalis makin kaya-raya,kita yang ternganga.


Tak taulah apa nak jadi dengan Malaysia.PM dan kuncu-kuncu dah le bangang buat kering aje penderitaan rakyat.Yang mereka sibuk bagaimana nak survise parti mereka yang dah nak MAMPUS tu.

Memang GERAM tak sudah!

Tiada ulasan: