Isnin, 7 November 2011

Di Mana Tanggungjawab Kita???

  4 November 2011 adalah tarikh sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Apa yang menyedihkan Ummi sesuatu yang di luar jangka telah berlaku. Cikgu menari bersama anak murid dalam irama Bolywood! Sebelum ini aktiviti begini tak begitu menonjol...sebab apa mungkin penggiatnya ada rasa sedikit segan barangkali...Tapi apa yang dijangka berlaku tetap berlaku.Terserlah kini siapa yang cakap tentang Islam Tapi hanya tin kosong...Buah iman sepatutnya akhlaq yang terpuji gugur di atas pentas baru SKTI....Ummi sengaja jegilkan mata nak tengok sendiri gelagat songsang sekerat dua pendidik yang gedik nak manari di atas pentas...


Sudah-sudahlah tu...umur dah meningkat jangan terpengaruh dengan tipudaya syaitan...apa yang kita dapat di akhir persembahan itu? tidak lain dan tidak bukan SYAITAN bertepuk tangan atas gediknya kita mempamerkan aktiviti lagha di saat saat-saat  umat ISLAM berkumpul di Masjil Haram memohon ampun sempena Hari raya KORBAN.Rupanya kita terkorban dengan hawa nafsu sendiri.


Inilah sistem pendidikan di negara kita.Ada pihak yang membangun ,memupuk nilai2 murni ada pihak yang berusaha meruntuhkan...bila akan terbina generasi insan KAMIL??Sampai kiamat pun tak mungkin tak dapat bina modal insan   yang tinggi pekertinya.


Ummi tidak boleh berkompromi lansung dengan  benda-benda macam ni...Tengok ada murid Tahun 6 yang teruja mengadakan persembahan dengan seluar jeans yang ketat,baju Tshirt yang melekat ...lansung kena "sembur'
Tak malu dengan berpakaian yang kurang sopan...Tak sedar bahawa memakai pakaian begitu mengaibkan...Jangan buat persembahan.!!!


Sebenarnya sekolah ni tak ada panel untuk membuat tapisan apa persembahan ada nilai murni atau tidak .Ada guru agama macam tak ada taring...takut nak tegur!  Baru ada dua tiga guru bukan Islam tergadai maruah kita....
Datanglah seorang ustazah tanya pada ummi samada telah tegur bebudak  tahun 6 yang buat persembahan tu.Ummi mengiyakan saja...Nak tunggu KP Agama Islam buat teguran takut terlambat...bebuadak dah buat persembahan baru nak tegur buat apa...


Apa yang lebih mengharukan anak ustazah itu sendiri antara murid yang menari tarian boolywood tadi..mana kuasa kita nak tegur anak orang lain sedangkan anak kita sendiri ambil  bahagian sama Nauzubillah...
Memang bergegar jantung nie bila mengingatkan kes ini sehari sebelum hari wukuf di Arafah 1432Hbersamaan Hari Jumaat Penghulu Hari....Jom ubah Paradigma Kita!

Tiada ulasan: