Jumaat, 18 Mac 2011

Srtess Belajar...Mahasiswa !



Keputusan untuk BELAJAR lagi ummi cuba realisasikan bila dapat keputusan dari Kementerian Pendidikan. Pada tahun 2008 dah cuba...namun masih belum ada rezeki. berbanding dengan percubaan pertama pada masa tu lagi banyak kerenah ketika mengisi borang cara online...Surat pengesahan,sijil-sijil semua diperlukan .Akhirnya gagal ....Tak apalah bisik hati kecil ummi mungkin ada hikmahnya.

Pada Feb 2011 keputusan yang diterima dari BPG telah sah...ummi berjaya melanjutkan pelajaran ke OUM - Sarjan Pendidikan Sekolah Rendah. Pertamanya ummi mohon restu Hubby
agar pengajian yang bakal ummi lalui menjadi berkat....
Beliau turut menyarankan agar ummi solat istigharah biar keputusan ini nanti betul dan benar.Menjadi kebaikan untuk agama,keluarga dan kehidupanku.

15 Mac mulalah langkah pertama ummi ke kampus oum caw. Perak. Dengan azam yang berkobar-kobar ummi siapkan dulu sarapan pagi untuk anak-anak . Siap punya siap borang yang perlu diisi dan salinan yang disahkan oh...rupanya gambar belum tangkap...nasib baik masa rehat ummi sempat bergegas ke kedai yang berdekatan ..selesai.Taklimat yang diberikan memberi gambaran jelas pada ummi tanggungjawab dan peranan sebagai mahasiswa yang dah tua macam ummi....

Dua hari kemudian ummi mula proses borang perjanjian,semak modul yang diberi...alamak! kena ambil subjek leaning skill ler pulak ..macamana ya?! mulalah ummi stress....macamana nie?
bangun tidur ingat BI...Tanya kekawan yang dah lama kat OUM pun tak mampu meredakan risau ummi pasal subjek BI nie...Baru ingat ada sorang kawan yang BI dia ni lebih kurang dengan ummi...boleh pun dia..Sekarang nie tinggal tiga semesta lagi.bolehpun meredah susah payah belajar kenapa tidak ummi. Selepas ummi menghubunginya baru kurang stress yang membelenggu...Fuhh hebat juga stress pertama ni.
semangat baru datang kembali.agak-agak ada berapa banyak lagi stress yang akan datang nie..Peperiksaan,aggsiment,keluarga ,pekerjaan semuanya akan silih berganti mengambil tempat nanti...Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal...
Jangan sampai stress punya stress sampai tumbang seperti yang dialami oleh salah seorang kawan sekolah ummi dua tahun yang lalu.

Ummi tetap akan berdoa agar segala gerakkerja akan diberkati.Pada akhir 2014 segulung ijazah berada dalam genggaman dan Bonda Zaitun sempat melihat ummi konvokesyen nanti.Takbir!

Tiada ulasan: