Khamis, 14 Oktober 2010

Pengalaman Mengajar Kita....

Anakku..Ahmad Syakir Putera sulungku.
Entah kali ke berapa Ummi berpesan kepadamu supaya menjaga akhlak
setiap kali dan setiap ketika samada ketika bersama dan ketika berpisah....
Rupanya anakku gagal memahami jaga akhlak yang bagaimana sebenarnya....Ummi selalu berpesan dan setiap kali mengiringi pemergianmu air mata ini tak henti mengalir...sebak berbaur hiba..tolonglah anakku jaga nama baik keluargamu,Abimu dikenali ramai malunya nanti bila ada cerita yang tidak baik jika akhlak tidak dijaga. Janganlah menjadi ayam jantan di tempat orang.

Pilih kawan yang baik,jangan silap memilih kawan .Masihkah kau ingat??!! Dulu ummi cukup risau mendengar cerita anak kawan dapat sekolah terbaik tapi angkara silap memilih kawan akhirnya terpengaruh dengan gejala yang tidak baik.Antaranya merokok,kes buli,dan banyak lagi...

Adakah anakku perasan Allah uji satu persatu demi memantapkan keyakinan dirimu untuk menghabiskan 30 juz Al Quran? Inilah harga yang patut anakku bayar sebelum nur Quran itu bercahaya dihatimu...

Berpeganglah dengan janji Allah anakku.Tiap kesukaran tika kau belajar untuk menghafaz 30 juz AlQuran tidak sia-sia.Sebab... Kita yakin janji Allah.Ummi pasrah menyerahkan dirimu dididik oleh ustaz di maahad itu..apa-apa yang mereka lakukan untuk kebaikan Ummi redha.Asalkan tidak patah ,cacat kekal pada tubuhmu Ummi redha. Moga dengan pengalaman seperti ini mengajarmu erti sebuah kehidupan.Jangan sesekali berdetik dihatimu ustaz tak berguna denda pelajar tanpa belas kasihan....Bagi tau pada ummi denda macamana yang patut dijalankan tika mendiplinkan pelajarnya yang sesuai???
Moralnya disini...JAGA AKHLAK kita...Kalau kita mulia dengan akhlak yang ada...orang tak berani jentik hatta telinga nipis kita!!!!

Anakku,
Masih terlalu banyak masa...baikilah apa yang patut.sebab itu Allah sediakan ruang yang amat luas kita muhasabah diri.Baiki keadaan..Selamat berjuang menghafal tinggal juz yang masih berbaki......

Tiada ulasan: