8OGOS- Seramai 45 sukarelawan dari MAPPIM berangkat ke bumi GAZA
malam tadi. Suasana meriah dengan berkumpul ahli keluarga masing-masing mengiringi pemergian mereka. Ummi bersama Opah dan Nur Salsabila tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasainya. sesampai kami di KLIA pada pukul 5.30 petang kemarin dapat beberapa jam bersama suami sebelu dia masuk ke balai berlepas pada pukul 9.00 malam.
Ummi sempat berbual dengan beberapa sukarelawan Kak Azizah dari Muslimat Selayang pergi bersama anak lelakinya peserta paing muda 14 tahun .Semangat juang jelas terpancar di raut wajah mereka.Hati lega katanya lihat Ustaz Ali ada sama senang satu kapal ! Sementara itu seorang pemuda lepasan UKM Mohammad Syafiq dari Kota Tinggi rela meninggalkan majlis konvokesyennya pada hari Isnin ini demi GAZA!. Menurut syafiq konvo hal peribadi...Ke Gaza seruan yang sudah menjadi sesuatu yang WAJIB.Memetik kata-kata ibunya yang baru kematian suami biarlah Syafiq bawa semangat bapanya ke Gaza . Bukan senang terpilih menjadi sukarelawan . Tinggi cita-citanya sempat ummi pesankan tolong beri maklumat terkini untuk berita dari GAZA melalui email.
Lega hati kecil ummi berkongsi cerita dengan ahli keluarga masing-masing sekurang-kurang dapat mengurangkan debar risau di hati. Rupanya suami kawan lama dari kampung berdekatan di Lenggong pergi sama. Suami Noraini Salleh kawan lama di Sk Gelok sibuk menguruskan para peserta.mengutip pasport dan memberi vest.Berjumpa dengan Aini sebelum pergi mekah 2005 kali terakhir.Rupanya jodoh pertemuan kami di KLIA. Seronok bersembang dengan makcik Nah dalam loghat bahasa petani.
Tepat jam 9.00 malam para peserta bersedia untuk masuk ke balai berlepas. Cuma seorang ahli parlimen lompat terlihat kelibatnya...Zulkifli Nordin.Buat kenyataan songsang pada media perginya dia ke GAZA untuk buat kajian...sahaja.Lantaklah hang Zul buat apa yang patut kalau rasa betul.Yang pasti masyarakat tahu menilai keperibadianmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan