Masa berlalu terlalu pantas ,pejam celik-pejam celek rupanya zuriat Ummi makin meningkat dewasa..Alhamdulillah berkat doa yang tak putus-putus ummi dapat besarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang...Namun ada ketikanya mereka tidak faham nilai kasih sayang yang diberikan.....Marah demi kebaikan mereka kata dah tak sayang...
Apalah kasih sayang dimata mereka di kala mereka berusia sebegini....
Namun sebagai ibu yang Allah amanahkan Allah untuk membentuk mereka .ummi kuatkan azam dan tekad untuk bentuk mereka dengan cara hidup ISLAM yang syumul.
Dengan kekuatan yang ada dan kemampuan yang terbatas ummi gagahkan juga....Biarlah pelbagai persepsi yang anak-anak ummi buat....Selagi nafas berdenyut anak-anak ummi kena ikut hala tuju ummi...
Rupanya bila anak meningkat dewasa banyak benda kena berubah...Betullah dalam ceramah ustaz ummi dengar, kalau kita suruh anak umur 4 tahun dengan 16 tahun ambil sesuatu barang ada bezanya. Anak yang mana lebih cepat mematuhi arahan kita? tentu yang lebih kecil.
Alam kecil anak-anak ummi telah berlalu.Hendaknya mereka kuat menempuh dugaan dan fitnah dunia yang begitu gawat sekarang. Fakta ini didedahkan dalam akhbar tempatan dua hari yang lalu.Anak luar nikah yang berdaftar sahaja 250.ooo setakat tahun 2008 bermakna sebulan 500 orang yang lahir dalam sebulan!Nauzubillah.Kes buang bayi, kes lari dari rumah,kes bersekedudukan tanpa nikah dan macam-macam kes lagi..Semua keruntuhan moral ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak-anak kita, Biah islamik yang disediakan di rumah sahaja tidak memadai ...Bila mereka keluar jumpa kawan-kawan...Inilah dilema kia sebanarnya.
Pagi tadi ummi berkesempatan pergi ke sekolah kakak untuk bertemu dengan guru dalam program "Bertemu Waris".Allah temukan dengan seorang ibu yang secara tidak langsung menceritakan kegagalan anaknya menjadi anak soleh seperti yang dihajatinya....
Seorang anak lelaki yang tunggal dalam keluarga.Itulah diharapkan anak yang boleh menjadi imam sekurang-kurangnya solat jenazahnya pada suatu hari nanti....Harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari..Hajatnya tidak kesampaian bila si anak terpengaruh dengan kes buli kemudian tukar sekolah terlibat dengan kes rokok dibuang asrama,terlibat dengan kes couple akhirnya kena buang sekolah....Digambarkan si anak pada peringkat awal tadika dan sekolah rendah adalah cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum akhirnya tersungkur dalam kancah punk,hiburan melampau dan yang paling sedih mengucap pun dah tak tahu!Mungkinlah inilah ujian yang paling berat bagi seorang ibu...
Bukan salah ibu mengabdung.
Tolonglah anak-anakku jaga nama baik dan maruah kalian.Solat tiang agama jangan tinggalkan.Jangan sesekali kalian khianat kepercayaan ummi.Jaga hak Allah walau dimana..Allah akan jaga dirimu..
Ummi selagi hidup akan sentiasa mendoakan kalian supaya sentiasa berada dalam perlindungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan