Belajar…Belajar Erti Hidup Anakku.
( Khas Untuk putera dan puteri Ummi….)
Kekuatan kita menuntut ilmu memang ada pasang surut.Namun ILMU tidak boleh dipisahkan dalam hidup .Untuk berjaya dunia akhirat kita perlu mengisi ILMU supaya penuh di dada.Dalam apa juga keadaan kenyataan itu tidak boleh kita tolak dalam hidup kita…Sementara itu,kita dibekalkan dengan panduan hidup iaitu Al Quran dan Al hadith untuk menyusun kehidupan sepanjang hidup di atas mukabumi.Dengan panduan hidup itulah ianya menjadi garis panduan melayari kehidupan ini.
Belajar secara formal menuntut ilmu memang memenatkan .Banyak cabaran kita akan tempuh.Selain daripada terpaksa berpisah jauh dengan keluarga,kita juga terpaksa mengorbankan masa bermain dan masa berhibur,wang ringgit juga tidak terkecuali terpaksa dilaburkan.Lebih-lebih lagi dalam keadaan kos hidup makin bertambah dewasa ini.Andainya anak-anak ummi menginsafi keadaan ini, tidak timbul pontng kelas, main-main ketika belajar dan bersikap sambil lewa terhadap pelajaran.
Semua yang anak-anak sedang dan akan alami ketika menuntut ILMU itu ummi sendiri telah merasai dan sesungguhnya kita mampu menghadapi setiap cabaran belajar. Jangan mengalah sebelum berjuang. Jangan khianati amanah yang terpikul dibatu jemala kalian.
Buatla sehabis baik AMANAH ini.
Ummi insafi anak-anak ummi berbeza2 kemampuan.Itu telah tersurat….Namun jangan jadikan alasan untuk anak-anak ummi berlengah –lengah mengejar kejayaan.Bersegeralah dalam menuntut ILMU .
Sesekali kita kena dihimpit dengan sebarang ujian ketika menuntut ilmu .Supaya kita terpanggil untuk lebih komit atau bersungguh untuk belajar. Apa yang penting cubalah ambil yang positif Allah memberi ujian dalam berbagai bentuk itu untuk menguji hambaNYA. Jadikanlah pengalaman berharga ini sebagai momentum untuk kita bergerak lebih maju kehadapan bukan berundur ke belakang !Belajarlah anakku terus BELAJAR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan