Agak lama Ummi tidak menulis...Agak sibuk dengan aktiviti yang tak pernah habis. Namun tuntutan jamaah masih mampu diutamakan demi kelangsungan Berjamaah.Bermula dengan Ijtimak A'milin di Air Kuning,majlis Ramah Mesra Zon Bandaraya di hotel Hillcity, usrah ,mesyuarat hinggalah aktiviti santai konsert Azhan di INTIM.
Apa yang menarik yang boleh dikongsi bersama ialah ketika bertemu dengan isteri Azhan Azizah yang hebat menjadi pemandu peribadi Azhan !'Memandu jarak jauh kemudian membuka jualan ketika suami mengadakan konsert ! memang hebat...Bawa anak kecil lagi dalam lingkungan dua tahun.Muhasabahlah dengan diri sendiri ...Banyak nilai murni yang boleh dikutip dan boleh dijadikan pengajaran.
Ketika Badan Perhubungan Negeri menetapkan lawatan ke Kawasan IPoh Barat pada malam selasa yang lepas,ummi menerima panggilan dai pihak Maahad menyatakan anakanda dimasukkan ke wad akibat suspek H1N1. Sebelum itu anakanda telah memaklumkan dia adalah antara mereka yang di kuarantin di sekolah . Selain berpesan buat solat hajat dan banyakkan baca AL Quran ummi tetap mendoakan keselamatannya dari jauh.Malam tu ummi bergegas dengan bas menuju ke Machang.Sampai dalam lingkungan pukul 3.30 pagi. Setelah mencari bilik hotel gagal sekitar pekan Machang, kami berehat di surau hospital untuk menunggu subuh.
Selepas subuh,naluri seorang ibu tak sabar nak lihat anakanda bagaimana keadaannya.Ummi sempat menyelinap ke dalam wad takala jururawat tiada di kuanter pergi menunaikan solat subuh. Rupanya anakanda diletakkan di wad perempuan akibat tempat lelaki sudah penuh.Berhampiran bilik khas yang disediakan ada arahan khas melarang pesakit dilawati arahan pengarah hospital. Ummi meninjau hingga bilik terakhir dan dapat mendengar suara anakanda membaca ayat-ayat suci Al Quran .Baru lega melihat keadaannya yang masih mampu menunaikan solat. Setelah itu ummi bergegas keluar .
Setelah berbincangan dengan doktor, ummi meminta supaya anakanda dipindahkan ke hospital Ipoh bagi memudahkan tinjauan.Di sinilah nikmat jamaah ummi rasakan.Allah mudahkan segala urusan berkat amal jamaie.Pemuda Machang datang bertanya khabar dan menguruskan kenderaan untuk kami pulang. YB Kemunin turut serta datang dan memberi bantuan kenderaan untuk kegunaan kami bawa anakanda hingga ke Grik. Pemuda Machang tunggu hingga urusan selesai. Terima kasih atas segala kebaikan kalian berikan.Moga Allah berikan ganjaran pahala yang banyak.
Perjalanan diteruskan selepas pertukaran kenderaan di Grik. Kami bergerak ke hospital Ipoh.Sampai dalam lingkungan pukul 6.30 petang doktor mengambil masa memeriksa anakanda kerana begitu ramai orang. Alhamdulilah dia dibenarkan balik dan dikuarantin kat rumah sahaja.Kadang- kadang terfikir juga ummi apasal orang kafir yang makan babi kita pula yang terkena tempiasnya.....Apakah ini satu perancangan ?!Allahu Akbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan