Rabu, 13 Mei 2009

Bubar DUN Kalau Tidak....

Liat betui puak menyokong UBN nak bubar DUN Perak.Supaya rakyat menjadi hakim sebenar dalam kemelut siapa sebenarnya MB yang sah! Bagi rakyat penyokong PAS yang telah sekian kalinya dicaci dihina sepanjang 50 tahun UBN memerintah inilah penanggungan yang terbaru dalam siri penindasan mereka......

Bacaan politik UBN tepat. Kalau DUN dibubarkan, mereka akan tersungkur langsung.Tidak boleh tidak nyawa-nyawa ikan yang ada pada ketika ini, perlulah dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir.Tiga ekor katak tu lagi berpeluh hingga ke keting sapa nak ambil mereka bertanding selepas DUN dibubarkan? Harapkan UBN tak payahlah.... mereka lagi meluat bila dah tak ada kepentingan diperolehi nanti tak percaya ? TUNGGU.. ...

Tertarik dengan kenyataan TGNAA hari ini:

Nik Aziz berkata,"Menteri besar patut diputuskan oleh rakyat, bukannya hakim (mahkamah)."Dewan Undangan Negeri Perak mesti dibubarkan dan beri semula (kuasanya) kepada hakim. Maksud hakim di sini ialah rakyat. Rakyat yang menjadi hakim (untuk) memilih wakil tertentu untuk duduk dalam dewan. "Saya jadi menteri besar, dan semua menteri besar lain, dipilih oleh rakyat, bukan hakim mahkamah. Saya pelik sekarang ini, kenapa hakim mahkamah pilih menteri besar? "Ini perkara pelik. Perkara yang tidak patut berlaku. Mengaibkan rakyat dan mengaibkan demokrasi. Lama dah (kita) dok sebut perkara ini tetapi degil tak mahu (bubar DUN). Dan orang macam ini tidak ada hak hidup atas muka dunia ini," katanya.

Kita tunggu siapakah yang akan terkena dengan sumpahan Tok guru ini.........

Tiada ulasan: