Selasa, 31 Mac 2009
Suasana Luarbiasa Pada Hari Penamaan Calon Bukit Gantang
Manisnya kenangan ketika sama-sama meneruskan perjuangan menegakkan KEBENARAN.Takalala ahli PAS dari serata tempat seluruh Malaysia berkira-kira untuk datang pada hari penamaan calon B. Gantang di Taiping,Ummi berserta emak ,abah merancang nak pergi malam atau pagi esok sahaja.Manakala Ustaz dah berminggu- minggu tidur di Bukit Gantang. Program dia tak boleh diganggu.. Jadi Ummi membuat perkiraan mana yang lebih baik untuk turut serta pada hari penamaan calon esok.Akhirnya bertolak pada pukul tujuh malam.Risau pada hari esok tak sempat atau sesak di jalan raya.
Walaupun ada sahabat menawarkan tempat tidur nun di Sg. Tinggi Trong ummi rasa keberatan untuk undur ke belakang. Akhinya kami bersetuju tidur di masjid Air Kuning sahaja.Lagipun pada malam itu da solat hajat perdana akan diadakan di masjid ini.Manakala ummi terpaksa tidur dalam kereta atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.....
Biarlah susah sikit bukan senang jalan menuju ke syuga bisik hati kecil Ummi.Rupanya pada malam itu bukan Ummi sorang yang tidur dalam kereta,ramai lagi muslimat yang tidur dalam kereta..bawa anak kecil lagi,dari Kelantan,Pahang, Bagan Datuk, semuanya bersusah payah untuk melihat ISLAM MENANG ! Inilah kelebihan yang ada pada ahli PAS, mereka yakin apajua yang dibuat atas dunia ini ada ganjarannya bukan sia-sia.Mereka redha malah keluar duit poket sendiri lagi bukan mengharap duit dari parti...
Selepas solat subuh kami mula bertolak ke Bandar Taiping untuk mengelak kesesakan lalu lintas.Rupanya di masjid Taiping,masjid Lama Taiping penuh dengan orang PAS berpusu-pusu ramai sampai solat dua kali ! Terharunya melihat suasana ini.Agaknya inilah masanya orang PAS nak menunjukkan rasa yang terbungkam dalam hati akibat beberapa siri penindasan yang dialami sejak rampasan kuasa di Perak diikuti penggantungan lidah rasmi PAS -HARAKAH.
Melihat kehadiran orang ramai yang datang menyatakan sokongan pada calon PAS Hj. Nizar tak mustahil kemenangan untuk PAS pasti menjelma.InsyaAllah berserta dengan strategi yang mantap.
Rupanya Azhan ( juara Akedemi Nasyid TV 9 ) berserta isteri dan dua anak perempuan turut serta! Selain itu katak yang melompat juga dipamerkan pada hari itu. Menariknya katak ini digambarkan menaik duit dengan lidahnya ....Mengikut pengarah yang membawa KATAK itu, Spesis katak ini hanya terdapat setelah 50 tahun merdeka....
Satu gerombolan lain pula membawa sepanduk dan membawa replika kapal selam yang terdapat wajah altantuya....kreatif juga depa ni.
Sebelum balik sempat juga dengar persembahan Azhan di atas pentas bergerak.Tak rugi kami sekeluarga vote Azhan semasa pertandingan tempohari berbaloi.Walaupun Azhan tak nampak dengan kedua matanya dengan jelas tapi jelas mata hatinya tidak buta menilai KEBENARAN,KETELUSAN DAN KEZALIMAN. TAKBIR.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan