9 Feb -YB Roslan Shahrum meninggal dunia. Tarikh yang tak mungkin dilupakan oleh Kak Sofiah sekeluarga..Kami sekeluarga mengucapkan TAKZIAH atas berita sedih ini. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Moga-moga Allah memberi kekuatan pada Kak Sofiah sekeluarga menghadapi UJIAN getir ini.
Ujian yang Allah sediakan kepada kita berbagai-bagai. Mudah-mudahan KEIMANAN dan ketabahan yang ada pada Kak Sofiah sekeluarga menjadi bekal untuk meneruskan kehidupan.
Untuk kami entah apalah ujian yang bakal menyusul sehari dua ini....Bayangan ujian getir itu sekejap-sekejap menyelinap di ruang mata.Subhanallah berilah kekuatan pada ummi sekeluarga menerima apa sahaja UJIAN yang mendatang.
Ummi berkesempatan menziarahi jenazah semasa di masjid Changkat Larang .Lautan manusia menyembahyangkannya memilukan ....Usungan jenazah tidak dapat bergerak melainkan dihantar atau dihulur dari tangan ke tangan.Memang rezeki allahyarham disolat ribuan manusia.
Mudah-mudahan Allah memasuki rohnya bersama para mujahid dan solehin .Amin.Ramai pimpinan tertinggi yang ummi lihat bersama temasuk Sdr Anuar Ibrahim,Dato'Mahfuz. Azmin Ali, Selain pimpian PAS Negeri dan MB Hj. Nizar.
Selepas berada di masjid ummi cuba bergegas ke rumah Kak Sofia tetapi tak ketemu kerana dia masih di kubur melihat sekian kalinya suami tercinta disemadikan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan