Rabu, 4 Februari 2009

PRK Kuala Terengganu Dalam Kenangan......

17 Jan- Hati begitu teruja untuk melihat perkembangan terkini pilihanraya tahun 2009 ni. Ummi cuba telefon sana sini untuk mencari saing yang sudi ke sana.Sementara Ustaz Azli janganlah tanya tentunya dia punya acara tersendiri di sana.Ummi tiap kali ada program besar macam ni memang tak nak ganggu acara dia.Rupunya ada juga rezeki ke sana. Malam sabtu tu,lepas solat maghrib kami bertolak dengan kereta Iswara yang semuanya muslimat...Perjalanan kami berjalan lancar hinggalah lebih kurang pukul 2.00 pagi ketika tiba di Besut kereta kami dilanggar dari belakang....cubaan.Alhamdulllah tak ade sapa yang cedera cuma bonet kereta tak boleh tutup terpaksa ikat dengan dawai.Kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 4.00 pagi. Terus ke rumah Kak Asmah dan Cikgu Saad di Atas Tol.Kami disambut dengan ramah oleh kenalan lama yang hampir tiga tahun tak berjumpa...Terima kasih Kak Mah atas layanan mesra yang diberikan .Pagi esoknya selepas selesai sarapan pagi kami mula meneruskan perjalanan kami. Memantau perjalanan pilihanraya .Nasib baik tiga tahun di Pasir Panjang dapat membantu "pilot " kami memandu... Berlegar legar kawasan Pasir Panjang dan Gong Tok Nasek.Lebih kurang pukul 4.30 petang kami mula beransur pulang Sempat sebelum pulang melihat kereta perisai tiga empat buah memasuki bandar...Kalau tengok kehadiran polis memanglah macam nak perang....Mujurlah petugas PAS dah biasa keadaan ini sikitpun tak gentar dengan fenomena yang depa wujudkan.Masa dok di UPU Gong Tok Nasek kami dah rasa aura kemenangan...Syukur Allah beri kemenangan bagi pihak PAS.Semoga Islam terus bergema di dewan rakyat.TAKBIR.

Tiada ulasan: