
Alhamdulilah, selepas Usrah kawasan, Ummi sempat menziarahi balu mangsa tetak Ustazah Nargis dan anak-anak di Taman Meru Raya. Kehadiran kami disambut dengan mesra walaupun kejadian tragis yang menimpa keluarga ini hampir sebulan yang lalu, namun jelas terbayang kesedihan di ruang mata mereka.
Ustazah Nargis terpaksa menyara kehidupan anak-anaknya seramai 6 orang berseorangan ketika ini. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepadanya untuk meneruskan hidup ini. Khabarnya, dia menerima beberapa bantuan daripada badan2 koperat dan perseorangan untuk meringankan beban yang ditanggungnya.
Inilah namanya hidup.Kita tak tahu apa kemungkinan yang akan berlaku esok atau hari mendatang.Tentunya tiap perkara yang kita rancang dalam hidup tidak tersasar
dari kehendak agama.Apa-apa yang Allah tentukan sebenarnya Allah tahu kemampuan kita...
Teringat ummi tentang kesibukan suami ketika menjadi seorang pejuang...Tambahan lagi ketika bertanding di DUN Trong .Setahun sebelum bertanding sibuknya bukan main.Tika ummi mengenangkan kesibukan itu ummi selalu pujuk hati.Cukuplah ummi masih mampu menyidai kain baju suami yang dibasuh walaupun jarang berada di rumah.Ada orang yang lebih malang langsung tak dapat bersama suami sampai bila-bila.Setakat ini Allah masih bagi lagi nikmat kongsi hidup dengan suami tapi tetap ada limitnya....Kalau tak ummi yang pergi dulu mungkin suami pula dijemput Allah dahulu.Semuanya menjadi rahsia ALLAH TAALA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan