
Ust Norazli sedang menyampaikan bantuan
K`jaa Negeri melalui Penyelia Dun telah menyediakan 50 bungkusan barang dapur sebagai bantuan kepada kaum india sempena Deepavali..yang lepas..
Banyak beita mengenai Ustaz Taliban ! Sebagai isteri, ummi memang beri perhatian apa sahaja beita mengenainya pujian dan kejian memang kena baca.Apa idaknya mana-mana rasa tak betul ummi sebagai "penasihat peribadi "akan terus sampaikan kepadanya...
Memang dah menjadi lumrah,apalagi dah pegang jawatan yang agak penting....mata-mata tetap akan meneropong gerakkerja kita samada kawan atau lawan.Jangan sampai tersilap langkah itu selalu ayahanda pesankan...Mudah-mudahan Allah pelihara suamiku dari fitnah dunia.
Mungkin Allah beri anugerah untuk suami ada kelebihan tika dia berceramah...ada orang suka...tak kurang seperti cacing yang kepanasan .Entahlah.Baca komen dibawah ini
http//banjaronline
Haaa..sampai masa dan giliran Ustaz Azli. Semua dah tak sabaq nak dengaq ! Masa dia naik pentas, senyap kejap, pasai semua 'gerun' tengok janggut panjang ustaz ni, betui macam 'Taliban'. Rakan teman cakap, ini ker 'orang'nya. Teman angguk saja. Yelah 'first time' tengok ustaz ni, mesti 'excited'.
Memang betui la..dapat aja 'ustaz taliban' ni mikrofon, dia punya belasah...
******************************
Majlis Penyampaian Lap Top untuk Ketua-ketua Kampung DUN Trong
BUKIT GANTANG, 3 Dis. : Ketua Kampung dan JKKK dalam DUN Trong bertuah kerana Penyelia DUN Trong Ust. Nor Azli Musa memberi keutamaan kepada keperluan mereka dalam penyaluran peruntukan khas DUN Trong.
Sebanyak 13 set Laptop,printer dan fax telah disumbangan untuk kegunaan JKKK dalam DUN Trong oleh Ust Nor Azli dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Trong pada 1 Disember lepas.
Ust Nor Azli Musa selaku Penyelia DUN telah menyerahkan barangan tersebut kepada Pengerusi JKKK dalam DUN Trong.
Sumbangan barangan ini diharap dapat membantu Ketua Kampung dan JKKK melaksanakan tugas mereka dengan lebih lancar dan tersusun.
Sementara itu, Nisa` dan Halwa juga menerima sumbangan cek RM 5000 dari Ust. Nor Azli melalui peruntukan Penyelia DUN berkenaan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua PAS Bukit Gantang.
Selepas majlis penyerahaan ,Pusat Khidmat DUN Trong terus mengadakan mesyuarat Qurban sempena aidiladha yang bakal menjelang tiba.
sebanyak 6 kawasan akan adakan program qurban.PAS FOR ALL
1. Kg Che Rahmat 2. Surau Kg Kelubung 3. markas sg tinggi 4. kg sg nyiur
5. kg permatang raja 6. kg salak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan