Pengorbanan yang ditunjuk oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail terlalu BESAR !
Pengorbanan demi Allah ini terlalu tinggi nilainya,Takala pisau sudah siap di leher Nabi Ismail pasrah membiarkan ayahanda menjalankan perintah Allah.Allah telah iktiraf kesungguhan Nabi Ibrahim sehingga menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas.Demikianlah berlakunya peristiwa sejarah di bumi Allah.
Setiap insan yang mengaku muslim perlu mempunyai Nabi Ismail sendiri sebagai simbol kepada pengorbanan.Apakah pengorbanan yang kita lakukan untuk AGAMA? Ketika Siti Hajar dan anaknya ditinggalkan tanpa apa-apa bekalan oleh Nabi Ibrahim.Maka berulang-alik Siti Hajar dari Bukit Safar ke Bukit Marwah untuk mencari air.Peristiwa ini dikenang sepanjang zaman dengan melakanakan dalam mengerjakan rukun umrah dan rukun haji iaitu SAIE.
Setiap individu di tanahair yang bekemampuan akan melaksanakan ibadah qurban.Allah akan menerima ibadah qurban hanya diri hambanya yang betul-betul ikhlas sahaja.Walau banyak mana quban yang dilakukan kalau ada unsur riak ,menunjuk-nunjuk sia-sia sahaja.Perkara ini jelas Allah ceritakan dalam kisah Qabil dan Habil.Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita semua.Selamat Hari Raya Aidil Adha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan