Untuk zuriatku,sama-samalah kita mengambil iktibar dari coretan arwah adik ummi yang telah dahulu menyahut panggilan Ilahi pada Februari 1990.Lapan belas tahun telah berlalu masih boleh dibaca oleh anak saudaranya...atau cucu saudara atau cicit saudara.Malah sesiapa sahaja yang ingin mengambil ingatan untuk masa depan.
Teman,
Sudah semakin jauh kita lewati maya ini
Tanya pada diri
Apakah amalan akhirat kita
Sama jauhnya dengan perjalanan ini?
Banyakkah bekalan kita?
Untuk dipersembahkan dihadapanNYA
Teman,
Ketahuilah bahawa kita
semakin hampir kepada nokhtah KEHIDUPAN
senja pasti menjelma
Malam tentu membuka tirai perlabuhan
esok pagi datang mengikut ketentuanNya
Begitulah SUNNATULLAH
yang diatur sedemikian rupa oleh
YANG MAHA KUASA.
Teman,
Bersediakah kita
menempuh malam yang gelap gulita
tanpa sepalit cahaya
buat panduan
tiada jua simpati dari sesiapa
melainkan AMAL SOLEHMU
Teman,
Sedarlah kita pasti pergi jua daripada sini
meninggalkan semua yang menjadi KESAYANGAN
membakar tiap KERINDUAN
pertemuan selalu menjanjikan perpisahan
HIDUP KITA ADALAH UNTUK MATI
Dan
MATI itu datang tiba-tiba
tanpa menanti sesiapa
tanpa memberitahu sesiapa dan di mana
tanpa mengira miskin atau kaya
tanpa tanpa mengira tua atau muda
Semuanya akan ke sana
Satu tempat yang ABADI
Maisarah Hj. Ahmad
Ahad
5.9. 1987
12.15 pm
Mudah-mudahan roh saudaraku dicucuri rahmat Allah s.w.t.Agar kita dapat berkampung di akhirat nanti bersama sekeuarga.Sisa hidup saudaramu ini akan digunakan untuk melipat ganda usaha menambah bekas amal soleh insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan