

Pagi tadi berlansung lagi satu acara penting untuk anak-anak Penduduk Kg. Tasek.Majlis yang dihadiri oleh Exco Agama,Pendidikan,Wanita dan Kebajikan dirasmikan dengan jayanya. Dimulai dengan ucapan pengerusi majlis,diikuti persembahan murid-murid yang berbakat .Sementara itu, Pngerusi Sekolah Agama Al Hidayah merangkap Ketua Kampung iaitu En. Ridzuan memberi ucapan aluan memberitahu bahawa sekolah yang hampir 20 tahun beliau menjadi pengerusi berjaya mengumpulkan dana sebanyak rm 50 000 .Kini beliau mengumumkan akan memberi laluan kepada muka baru agar dapat membangunakan sekolah sebaik mungkin.Ini adalah berdasarkan banyak komitmen lain yang terpaksa beliau lakukan.
YB Hj. Zainuddin seterusnya berucap untuk mengembalikan keyakinan masyarakat setempat tentang kemampuan Kerajaan Pakatan untuk membantu rakyat. Mewar-warkan kepada rakyat peri perihatinnya kita menjaga kemuliaan Islam yang dianuti. Mencanangkan tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak untuk dijadikan bekalan untuk negeri akhirat.....Namun adakah itu semua sebagai asam garam untuk menyedapkan resepi dalam sebuah UCAPAN?
Diakhir majlis kalau ada sesiapa yang perasan Tn. Hj. Zainuddin sempat bersalam dengan seorang ibu!Selepas menyampaikan hadiah cabutan nombor bertuah.Alahai....sampai bila fenomena ini akan berlaku pada pimpinan kami ?Nak aje terangkat mulut ini bisikkan pada Kak Arbaeyah di mana peranan kita ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan