Sabtu, 8 November 2008

BERSALAM DENGAN PEREMPUAN.....SUSAHNYA NAK PERTAHAN SYARIAT ?

Pagi tadi takala cuti hujung minggu sambil-sambil beli barang keperluan dapur ummi dan abi sempat singgah sebentar ke pejabat Haji Rahim Setiausaha Perhubungan PAS di Medan Gopeng.Banyak juga topik dapat dikongsi bersama dari soal kesihatan hinggalah cerita politik semasa.
Entah macamana terkeluar pula topik bersalam dengan perempuan! Ummi rasa topik ini perlu dibahaskan bersama untuk renungan pimpinan kita di mana prinsip yang patut ditegakkan atau dibiarkan lebur begitu sahaja.

Apabila wakil kita ,Exco agama sendiri tidak dapat membataskan diri daripada bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim atau non muslim apalah ertinya berada dalam jamaah ISLAM seterusnya menjadi wakil PARTI ISLAM SEMALAYSI !

Hanya menyatakan cukuplah kita minta AMPUN DAN BERTAUBAT pada Allah setiap kali bersalam dengan perempuan? Amatlah mendukacitakan. Ummi sokong dengan pandangan Hj.Rahim kalau kita bertegas dan memberi alasan kenapa kita tidak boleh bersalam dengan perepuan yang bukan muhrim atau cina dua tiga bulan sahaja sikap kita orang akan faham malah mereka akan hormat prinsip kita itu.....Tapi inilah realitinya sekarang wakil kita tidak mampu menyatakan TIDAK !

Menarik juga hujjah AlAkhi Ustaz Azli dalam soal ni "Kalau ana senang je,alasan untuk non muslim faham,you tau dalam Islam usah buat jahat dengan you , malah Islam melarang walaupun hanya sekadar mahu bersentuh kulit yakni bersalam !

So tepuk dada tanya IMAN kita sejauhmana kita menjunjung undang-undang Allah setelah Allah kurnia menang SEMENTARA ini!?Rupa-rupanya macam ini jadinya bila kita ada kuasa dan ramai orang sanjung...Kita menang.kita menang,tapi ISLAM tergadai.....
Moga-moga Allah lindung SUAMI ,AKU DAN ZURIATKU dari fitnah dunia ini.AMIN

Tiada ulasan: