Khamis, 13 November 2008

Apah tak mandang...







YAB MB ditanya dalam Dewan Rakyat mengenai kewangan Yayasan Perak sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.Beliau menegaskan bahawa kewangan Yayasan Perak adalah zero ! Tercabar pula Adun dari BN lantas bertanyakan ladang-ladang yang dimiliki oleh Yayasan Perak hasil tinggalan projek yang mereka jalankan...

YAB menegaskan soalan yang bertanyakan tentang kewangan Yayasan Setakat ini dalam bahsa perak nya apah TAk mandang....Faham le !Memang banyak pengalaman menarik ketika mengikuti persidangan Dewan Rakyat ini.

Dewan juga diberitahu bahawa seramai 2,400 anak negeri Perak menikmati bantuan RM1000 apabila mereka berjaya mengikuti ijazah pertama di universiti tempatan.Walaupun seramai 5000 orang anak perak yang memohon.Keutamaan diberikan kepada ibubapa yang memperolehi pendapatan RM 1500 sebulan.

Selepas mengikuti persidangan pagi tadi ummi sempat menjenguk kafe VVIP. Bersama Abang Aji menikmati semangkuk mee rebus .Sekoyong-koyong datang YB Pangkor bersalaman dengan Abang Aji... Dalam hati inilah wajah sebenar orang yang bertanggungjawab menukarkan aku tika bertugas di sekolah di Ayer Tawar 2004 dulu...Takpa Allah tu Adil suatu hari dia kan dapat pembalasan atas ketidakadilannya tika menjadi EXCO PENDIDIKAN sebelum ini...

Tiada ulasan: