Isnin, 31 Mac 2008

NAMA


Nama
Anugerah Tuhan pada hambaNYA
Bagi kenal - mengenal antara kita

Nama
Biarlah mempunyai makna
Agar menjadi doa
Pada setiap ketika

Bulan November membina istana
Istana bahagia jadi idaman
Norazli Musa di beri nama
Batu Melintang kampung halaman

Parti Islam jadi pilihan
Pimpinan bukan sembarang
Takdir jodoh Ketentuan Tuhan
Mastura Ahmad isteri Kesayangan

Pejuang Islam semangat kental
Mati syahid prinsip hidup
Ahmad Syakir putera tunggal
Empat puteri penyeri istana

Mati syahid janjinya syurga
Jadi cita-cita yang utama
anak kedua dalam keluarga
Nurul Musfirah diukir nama

Slogan PAS ialah TAKBIR
sanggup berkorban nyawa dan darah
Bandar Diraja tempat dilahir
Anak ketiga nama Nawirah

Semangat Islam terus dinyala
Walau dihimpit walau dihina
Nama Arhamni dan Nur Salsabila
Puteri keempat dan Puteri kelima

Jemaah Islam amat berharga
Jangan abaikan walau di mana
inilah taaruf kami sekeluarga
moga ukhuwah erat terbina

Tiada ulasan: