
Beberapa hari lagi kita akan menyambut satu lagi hari kebesaran dalam Islam. Pastinya kedatangan Aidil Adha kali ini menggamit sejuta rindu pada Baitullah. Apa tidaknya masih segar lagi dalam ingatan segala aktiviti-aktiviti ketika berada di sana.
Syukur kepada Allah atas kurniaan yang amat besar kepada kami sekeluarga. Sehingga segala rukun dan wajib haji dapat dilakukan dengan semudah mungkin.Inilah kemudahan yang kami nikmati dan Allah anugerah yang terlalu besar nilainya.Dalam banyak -banyak peristiwa yang dapat dikongsi bersama ialah apabila ustaz diminta menjadi imam ketika solat tahajud diadakan di bumi arafah...dan ketika berdoa pada 9 zulhijjah...di khemah maktab 86.
Mengerjakan haji ketika umur muda adalah satu bonus . Apa tidaknya dengan segala rukun dan wajib haji memerlukan fizikal yang sihat kita dapat melakukan dengan mudah dengan izin Allah. Beserta kekuatan yang Allah beri ,kita mampu berjalan mengerjakan wajib haji ketika di Mina.Melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasriq memungkinkan kita berjalan sejauh 5.8km setiap hari .Ini bermakna selama tiga hari kita berjalan sejauh 17.4 km!
Namun semuanya itu tiada halangan jika hati kita telah diikhlaskan untuk patuh dengan kehendak Allah. Di sinilah timbulnya keinsafan sesungguhnya pada ketika ini wang ringgit tidak boleh membeli segalanya. Masing-masing jemaah memohon supaya haji yang ditunaikan diterima Allah .
Sesungguhnya pengalaman ketika berada di sana sungguh mahal harganya....Pasti akan kami ulangi sejarah ini lagi...Takbir!!!
By Ummi Syakir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan